Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU, Britain lancar rundingan pasca-Brexit

    BRUSSELS, 29 JUN – Kesatuan Eropah (EU) dan Britain hari ini melancarkan rundingan lima minggu mengenai satu perjanjian untuk menentukan hubungan mereka selepas Brexit, dengan London berminat untuk menyelesaikannya secepat mungkin.

    Rundingan baharu di Brussels merupakan rundingan persemukaan pertama sejak penutupan koronavirus serta keputusan kedua-dua pihak yangmenghambat kemajuan dalam rundingan.

    Diharapkan perbincangan itu membolehkan mereka menghasilkan keputusan selepas sesi sebelumnya gagal mencapai sebarang kata sepakat.

    Namun kemarahan telah meletus sejak kebelakangan ini dan Perdana Menteri Boris Johnson menegaskan pada Sabtu bahawa Britain bersedia untuk menerima akibat tanpa perjanjian jika titik persamaan gagal ditemui.

    Mesyuarat akan berselang-seli setiap minggu di antara Brussels dan London sepanjang bulan Julai dan pada akhir Ogos, dengan London berharap dapat mencapai perjanjian secepat mungkin.

    Kumpulan itu mendapat tahu semalam bahawa perunding British David Frost akan dinaikkan pangkat kepada penasihat keselamatan negara untuk Johnson.

    Beberapa pengulas mencadangkan ia mungkin menjejaskan fokus Britain, namun seorang jurucakap UK menegaskan jawatan baharu Frost tidak bermakna beliau akan mengalih perhatian daripada perbincangan berterusan dengan rakan sejawatan EU, Michel Barnier.

    Perbincangan akan bermula dengan mesyuarat di antara kedua-dua pemimpin dan akan diteruskan sepanjang minggu dengan sesi pendek mengenai topik paling bermasalah. – AFP

    Perunding Brexit Kesatuan Eropah, perunding Brexit Britain dan duta Britain ke Kesatuan Eropah menghadiri rundingan pasca-Brexit di ibu pejabat EU di Brussels kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda