Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    EU cadang sekatan terhadap 7 firma China

    MOSCOW, 8 MEI – Kesatuan Eropah bercadang untuk mengenakan sekatan terhadap beberapa syarikat China yang didakwa menyokong operasi ketenteraan Rusia di Ukraine, lapor Sputnik.

    Menurut akhbar Financial Times pada Ahad, EU menyenarai tujuh pengeluar teknologi elektronik China kerana menjual peralatan kepada Rusia untuk digunakan dalam senjata, namun tindakan masih belum dibincangkan oleh ahli EU.

    “Memandangkan komponen elektronik yang membolehkan ia digunakan tentera Rusia … adalah wajar untuk memasukkan entiti tertentu di negara ketiga yang terlibat dalam mengelakkan sekatan perdagangan serta entiti Rusia tertentu yang terlibat dalam pembangunan, pengeluaran dan pembekalan komponen elektronik untuk ketenteraan dan perindustrian Rusia,” menurut cadangan Suruhanjaya Eropah, dipetik oleh Financial Times.

    Senarai syarikat yang akan dikenakan sekatan termasuk 3HC Semiconductors dan King-Pai Technology, yang telah disetujui oleh Amerika Syarikat, manakala Sinno Electronics and Sigma Technology yang berpangkalan di Hong Kong, diletakkan dalam senarai Perbendaharaan AS yang menetapkan individu dan syarikat AS dilarang berurusan.

    Senarai sekatan, berkemungkinan meningkatkan lagi ketegangan dalam hubungan dengan China, juga termasuk beberapa syarikat Iran kerana membekalkan dron kepada Rusia dan mencadangkan agar kapal tangki minyak dikenakan sekatan.

    Senarai sekatan baharu itu perlu diluluskan sebulat suara oleh 27 negara anggota EU. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...