BERLIN, 27 Julai – Seorang ahli politik Jerman mahu Kesatuan Eropah (EU) menggantung perjanjian perkongsiannya dengan Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar hak asasi manusia penduduk Palestin, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).
“EU patut menangguhkan perjanjian perkongsian dengan Israel. Kami telah menuntut perkara sama selama bertahun-tahun. Jika mahu ia boleh dilakukan dengan mudah,” kata anggota parlimen parti sayap kiri Annette Groth kepada AA. Groth menggesa Jerman dan anggota EU lain “serta-merta” meneliti semula perkara berhubung penjualan senjata kepada Israel. – Bernama