Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU gesa AS timbang semula keputusan potong dana WHO

    BRUSSELS, 31 MEI – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berdepan dengan reaksi tindak balas kelmarin kerana memutuskan hubungan dengan agensi kesihatan PBB semasa pandemik, ketika kes koronavirus di seluruh dunia mencapai enam juta orang dan jangkitan yang meningkat di Amerika Latin.

    Kesatuan Eropah (EU) menggesa Washington untuk menimbang semula keputusan mereka untuk memotong dana secara kekal kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana menangani wabak itu, yang telah membunuh lebih dari 366,000 orang dan telah menjejaskan ekonomi global.

    Kelmarin, kes koronavirus yang telah disahkan di seluruh dunia telah meningkat melebihi enam juta orang, menurut perkiraan dari AFP.

    Jumaat lalu, beliau telah membuat keputusan kekal dan menjadi tamparan hebat buat agensi tersebut.

    AS merupakan penyumbang terbesar kepada WHO, menyumbangkan AS$400 juta tahun lalu.

    Menteri kesihatan Jerman, Jens Spahn, mengatakan keputusan yang ‘mengecewakan’ itu telah memundurkan kesihatan global, sementara Canselor Angela Merkel enggan menghadiri sidang kemuncak G7 secara peribadi yang telah disarankan oleh Trump sebagai tuan rumah.

    Richard Horton, editor jurnal perubatan The Lancet mengatakan bahawa ia langkah penuh ‘kegilaan dan menakutkan pada masa yang sama’.

    “Kerajaan AS telah bertukar menjadi jahat pada saat-saat darurat kemanusiaan ini.”
    Lawrence Gostin, seorang profesor undang-undang kesihatan global di Universiti Georgetown dan bekerjasama dengan WHO, mempersoalkan kemampuan Trump untuk menarik diri dari agensi itu tanpa persetujuan kongres, dengan menyatakan bahawa ancaman itu, tidak sah, tergesa-gesa dan berbahaya”. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda