Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU gesa gencatan senjata

    KABUL, 20 OKT – Pegawai Kesatuan Eropah (EU) hari ini menyeru kepada gencatan senjata di Afghanistan, dengan mengatakan perbincangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Taliban yang semakin pudar memberikan peluang untuk membuat satu lagi gencatan senjata baharu.

    Presiden AS, Donald Trump bulan lepas mengisytiharkan perbincangan dengan pemberontak ‘mati’, memetik serangan Taliban yang membunuh seorang askar AS. Rundingan telah berada di peringkat akhir untuk perjanjian yang akan menyaksikan tentera AS keluar dari Afghanistan selepas 18 tahun sebagai pertukaran kepada pelbagai jaminan Taliban.– AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda