Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU gesa hentikan serangan di Syria

    BRUSSELS, 21 FEB – Kesatuan Eropah mendesak segera untuk menghentikan serangan pasukan tentera Syria yang telah memindahkan hampir 1 juta orang pelarian dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

    Sementara itu, 27 anggota EU berkata dalam satu kenyataan bahawa ia bersedia untuk meningkatkan bantuan kepada orang awam yang paling lemah yang terjejas di rantau Idlib Syria.

    Tatkala ketegangan antara Rusia dan Turki terus berlarutan, yang menyokong pihak bertentangan dalam perang saudara di Syria, EU menyeru untuk pelaksanaan gencatan senjata yang mampan bagi semua pihak dan membenarkan akses bantuan kemanusiaan yang tidak dihalang kepada semua yang memerlukan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda