Sunday, March 30, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU gesa simpan bekalan sebagai persediaan hadapi krisis

    BRUSSELS, 26 MAC – Kesatuan Eropah (EU) hari ini menggesa rakyat di seluruh benua supaya menyimpan stok makanan, air, lampu suluh, kertas ID, ubat, radio gelombang pendek dan keperluan lain untuk bertahan sekurang-kurangnya 72 jam kerana peperangan, serangan siber, perubahan iklim dan penyakit berkemungkinan meningkat peluang krisis.

    Gesaan untuk bertindak bagi 450 juta rakyat EU dibuat ketika blok 27 negara itu memikirkan semula keselamatannya, terutama selepas pentadbiran Trump memberi amaran bahawa Eropah perlu lebih bertanggungjawab berhubung perkara tersebut.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, EU telah menangani COVID-19 dan ancaman dari Rusia, termasuk usahanya untuk mengeksploitasi pergantungan Eropah ke atas gas aslinya bagi melemahkan sokongan untuk Ukraine. – AP

    Gambar menunjukkan loceng sebuah gereja Romanesque abad ke-11 ditenggalami air kira-kira 100 kilometer utara Barcelona, di Vilanova de Sau, Sepanyol, pada 24 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda