Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU haramkan TikTok

    BRUSSELS, 23 FEB – Suruhanjaya Eropah (EU) telah mengharamkan TikTok di peranti rasmi yang digunakan oleh kakitangan di tengah kebimbangan mengenai perlindungan data, beritahu jurucakap kepada AFP hari ini.

    Pengharaman itu juga bermakna kakitangan EU tidak boleh menggunakan aplikasi perkongsian video milik China itu di peranti peribadi termasuk telefon yang mempunyai aplikasi komunikasi EU rasmi, menurut laporan oleh laman web berita Euractiv.

    Pekerja mesti mengeluarkan aplikasi berkenaan secepat mungkin dan harus melakukannya menjelang 15 Mac.

    Jurucakap EU, Sonya Gospodinova berkata lembaga pengurusan korporat EU, cabang eksekutif EU, telah membuat keputusan itu atas sebab-sebab keselamatan. – AFP

    Gambar fail menunjukkan seorang lelaki menggunakan telefon pintar dengan logo TikTok di Nantes, barat Perancis. Suruhanjaya Eropah telah mengharamkan TikTok di perantis rasmi yang digunakan oleh kakitangan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda