Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    EU: Henti kemusnahan

    BRUSSELS, 20 JAN – Kesatuan Eropah (EU) menggesa Israel menghentikan kemusnahan di kawasan penempatan di Baitulmaqdis Timur, dan menyifatkan pengusiran penduduk Palestin sebagai tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa.

    EU menggesa Israel menghentikan rancangan membina 1,450 unit perumahan antara Har Homa dan Givat Hamatos, Agensi Anadolu (AA) melaporkan kenyataan yang dikeluarkan jurucakap utama perkhidmatan diplomatik blok itu, Peter Stano, kelmarin.

    “Meluaskan penempatan, merobohkan dan pengusiran adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa,” katanya.

    Beliau menyebut bahawa peningkatan jumlah kemusnahan dan pengusiran di Tebing Barat sebagai satu “trend yang membimbangkan”, sambil menegaskan bahawa pengusiran rakyat Palestin seterusnya akan mencetuskan ketegangan.

    Pelan pembinaan Israel “akan menjejaskan fungsi Baitulmaqdis sebagai ibu negara bagi kedua-dua negara pada masa hadapan dan hentikan semua aktiviti penempatan,” tambahnya.

    Aktiviti penempatan Yahudi di Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur adalah tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa.

    Seperti Turkiye dan kebanyakan masyarakat antarabangsa, EU tidak mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas wilayah diduduki sejak 1967.

    Sejak 2001, blok itu telah berulang kali menyeru Israel menamatkan semua aktiviti penempatan haram dan memusnahkan penempatan sedia ada. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...