Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU hulur 560 Juta Euro bantu warga Syria

    BRUSSELS, 15 JUN – Kesatuan Eropah (EU) hari ini menjanjikan 560 juta euro untuk membantu negara-negara jiran Syria menangani kos untuk menampung warga Syria yang dipindahkan akibat konflik yang berterusan di negara mereka.

    “Malangnya, sepanjang tahun lepas terdapat sedikit kemajuan, sangat sedikit kemajuan, ke arah penyelesaian konflik Syria,” kata ketua dasar luar EU, Josep Borrell ketika mengumumkan ikrar itu pada persidangan penderma antarabangsa di Brussels.

    Beliau menegaskan bahawa bantuan itu adalah untuk rakyat Syria, bukan kerajaan Damsyik pimpinan Presiden Bashar al-Assad.

    Sejak 2011, lebih 500,000 mangsa terkorban di Syria selepas tindakan keras Assad terhadap penunjuk perasaan aman yang menyebabkan negara itu terjerumus ke dalam perang kompleks yang melibatkan kuasa asing dan pejuang jihad.

    Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, lebih daripada 12 juta rakyat Syria kehilangan tempat tinggal akibat konflik, kebanyakan mereka di Syria dan 5.4 juta lagi hidup sebagai pelarian di negara jiran.

    Walaupun usaha PBB, ‘keadaan tidak membenarkan EU untuk mengubah dasar terhadap Syria,’ yang memerlukan ‘reformasi politik tulen’ di negara tersebut, kata Borrell.

    EU akan mengekalkan sekatannya terhadap rejim Assad dan tidak menyokong kepulangan rakyat Syria ke negara itu melainkan mereka ‘sukarela,’ selamat dan dipantau oleh kumpulan antarabangsa, katanya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda