Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU jalankan siasatan rasmi ke atas TikTok

    BRUSSELS, 20 FEB – EU kelmarin mengumumkan penyiasatan rasmi terhadap TikTok berikutan dakwaan pelanggaran kewajipannya untuk melindungi kanak-kanak bawah umur dalam talian, di bawah undang-undang baharu yang mengawalselia kandungan digital.

    Ia merupakan siasatan kedua terhadap platform dalam talian utama sejak Brussels memperkenalkan Akta Perkhidmatan Digital (DSA), selepas menyiasat X milik jutawan teknologi, Elon Musk pada bulan Disember.

    Brussels bimbang terhadap aplikasi perkongsian video yang dimiliki oleh ByteDance China mungkin tidak cukup untuk menangani kesan negatif terhadap golongan muda.

    Kebimbangan utama Suruhanjaya Eropah adalah kesan ‘rabbit hole’- yang berlaku apabila pengguna diberi kandungan berkaitan berdasarkan algoritma, dalam beberapa kes yang membawa kepada kandungan yang lebih berbahaya. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda