Saturday, November 23, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU janji laksana pembaharuan ekonomi

    BUDAPEST, 10 NOV – Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) Jumaat lalu berikrar untuk membaik pulih ekonomi blok itu dengan perubahan radikal yang disyorkan dalam laporan penting, dalam pembaharuan yang diberi keutamaan selepas Donald Trump memenangi semula Rumah Putih.

    Walaupun reaksi awam Eropah terhadap kepulangan Republikan itu adalah was-was, para pegawai sentiasa mengambil pendekatan berjaga-jaga terhadap implikasi ekonomi EU jika beliau mengenakan tarif yang lebih tinggi.

    Bekas ketua Bank Pusat Eropah, Mario Draghi, telah ditugaskan tahun lepas untuk menyediakan laporan ekonomi yang akan digunakan oleh ketua EU, Ursula von der Leyen, sebagai dasar lima tahun akan datang semasa memegang jawatan.

    Draghi membincangkan laporannya bersama pemimpin EU Jumaat lalu, buat pertama kali sejak diterbitkan September lalu, dalam perbincangan yang diharapkan Brussels akan membawa kepada langkah konkrit untuk memperbaharui ekonomi.

    Draghi dan von der Leyen menekankan keperluan untuk bertindak pantas berikutan kemenangan Trump.

    “Cadangan dalam laporan ini sudah pun mendesak, memandangkan keadaan ekonomi yang kita hadapi hari ini. Ia menjadi lebih mendesak selepas pilihan raya Amerika Syarikat (AS),” kata Draghi.

    Laporan yang menyeluruh itu menimbulkan kebimbangan mengenai kegagalan Eropah untuk bersaing dengan AS, menekankan produktiviti EU yang rendah dan kelembapan ekonomi. – AFP

    Draghi tiba untuk menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Ketua Negara atau Kerajaan EU di Budapest, Hungary pada 8 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda