Saturday, September 28, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU kecam serangan ke atas pejabat ICRC di Gaza

    ISTANBUL, 23 JUN – Kesatuan Eropah (EU) pada Sabtu mengutuk serangan yang merosakkan pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Semenanjung Gaza baru-baru ini, mengakibatkan puluhan mangsa terbunuh.

    Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell menerusi hantaran di X menekankan keperluan untuk mempertanggungjawabkan mereka yang bertanggungjawab melalui siasatan bebas, lapor Agensi Anadolu.

    Borrell menegaskan kepentingan melindungi orang awam, sambil menegaskan langkah sedemikian merupakan kewajipan di bawah Konvensyen Geneva dengan “semua pihak terlibat dalam konflik itu terikat” untuk mematuhinya.

    Gesaan EU untuk akauntabiliti menekankan keperluan mendesak untuk memastikan bahawa ICRC boleh meneruskan usaha kemanusiaannya dengan selamat.

    Organisasi itu memainkan peranan penting dalam menyediakan perlindungan dan bantuan kepada mangsa konflik, serta akses kepada tahanan, di bawah rangka kerja Konvensyen Geneva.

    ICRC melaporkan bahawa pejabatnya di Gaza yang dikelilingi oleh ratusan orang awam kehilangan tempat tinggal, telah rosak pada Jumaat akibat serangan berhampiran.

    Kejadian itu menyebabkan ramai mangsa dimasukkan ke hospital medan Palang Merah berhampiran, dengan kemudahan itu menerima 22 mayat dan 45 orang cedera. – Bernama

    Josep Borrell semasa menghadiri sesi pleno di Sidang Kemuncak keamanan di Ukraine, di resort mewah Burgenstock, dekat Lucerne, pada 16 Jun 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda