Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU kenakan duti biodiesel ke atas Indonesia

    BRUSSELS, 13 OGOS – Kesatuan Eropah (EU) berkata ia telah mengenakan duti tambahan ke atas import biodiesel dari Indonesia, mendakwa yang kerajaan di negara Asia Tenggara itu mensubsidi minyak tersebut.

    Suruhanjaya eksekutif EU berkata hari ini bahawa satu siasatan ‘menemui yang pengeluar biodiesel Indonesia mendapat faedah dari keistimewaan itu, faedah cukai dan akses kepada bahan mentah di bawah harga pasaran.”

    Suruhanjaya berkata “ia mengakibatkan satu ancaman kemusnahan ekonomi kepada pengeluar EU,” jadi ia mengenakan duti sekitar 8 hingga 18 peratus “untuk memulihkan kesamarataan kepada pengeluar biodiesel EU.”

    Digelar sebagai ‘duti timbang balas’ adalah dibenarkan di bawah peraturan perdagangan global.

    Suruhanjaya berkata duti-duti itu adalah sementara namun langkah lebih muktamad lagi boleh dikenakan menjelang Disember ketika siasatan diperluaskan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda