Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU lanjut sekatan nuklear Korea Utara

    BRUSSELS, 30 JULAI – Kesatuan Eropah (EU) hari ini melanjutkan sekatan ke atas puluhan pegawai dan agensi Korea Utara selama setahun disebabkan usaha berterusan Pyongyang untuk membangunkan peluru berpandu nuklear dan senjata pemusnahan besar-besaran lain.

    Ibu pejabat EU berkata dalam satu kenyataan bahawa pembekuan aset dan pengharaman perjalanan membabitkan 57 orang dan sembilan ‘entiti,’ yang pada lazimnya terdiri daripada syarikat, bank atau organisasi lain, dan akan dikaji semula dalam masa setahun.

    Ia berkata ‘keamanan Semenanjung Korea mesti dicapai menerusi cara aman,’ dan menekankan ‘proses diplomatik mesti diteruskan sebagai satu-satunya cara ke arah pencapaian matlamat tersebut.’

    EU telah mengenakan sekatan ke atas beberapa negara, terutamanya Iran dan Venezuela, tetapi langkah ke atas Korea Utara, yang pertama diperkenalkan pada 2006, adalah yang paling sukar.

    Selain melaksanakan beberapa siri langkah Majlis Keselamatan PBB, 27 negara dalam blok EU secara berasingan telah mengenakan sekatan yang menyasarkan perkhidmatan kewangan, perniagaan dan pengangkutan yang dikaitkan dengan pembangunan senjata di negara Stalin itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda