Wednesday, January 22, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU lulus rawatan kanser prostat

    ZURICH, 13 DIS – Kesatuan Eropah (EU) telah meluluskan rawatan baharu ke atas kanser prostat oleh firma Novartis, kata syarikat farmaseutikal Swiss hari ini.

    Rawatan yang diberi nama Pluvicto telah diberikan kelulusan untuk pesakit dewasa dengan kanser prostat metastatik. Terdapat lebih 1.4 juta kes baharu kanser prostat dan 375,000 kematian di seluruh dunia pada 2020, menurut Novartis.

    Ia adalah kanser yang paling kerap didiagnosis dalam lelaki di 112 negara.

    Pihak berkuasa kesihatan meluluskan rawatan itu di Amerika Syarikat (AS) pada Mac, sementara Britain dan Kanada juga telah memberikan lampu hijau.

    Kelulusan Suruhanjaya Eropah ‘menandakan peristiwa bersejarah untuk pesakit kanser prostat yang mempunyai rawatan alternatif terhad pada peringkat awal penyakit mereka,’ kata Presiden Novartis, Haseeb Ahmad.

    Suruhanjaya meluluskan rawatan untuk pesakit yang telah pun dirawat dengan rawatan antikanser lain termasuk reseptor androgen dan kemoterapi, kata Novartis.

    Kelulusan itu berdasarkan percubaan fasa ketiga untuk 831 pesakit yang mendapati pengurangan 38 peratus dalam risiko kematian berbanding dengan rawatan sekarang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda