Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    EU lulus suntikan vaksin omicron pertama

    THE HAGUE, 1 SEPT – Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) dijangka untuk membenarkan vaksin pertama yang dihasilkan oleh Pfizer-BioNTech dan Moderna Inc. yang diubah suai untuk memberi perlindungan terhadap varian omicron.

    Dalam satu kenyataan hari ini, pengawal selia ubat Kesatuan Eropah (EU) berkata dua vaksin penggalak mRNA menawarkan perlindungan terhadap versi asal COVID dan sub varian omicron BA.1, yang sejak itu telah diatasi secara global oleh sub varian omicron BA.4 dan kemudian BA.5. Hampir 80 peratus kes koronavirus di seluruh dunia kini disebabkan oleh Omicron BA.5, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Dua vaksin yang dikenali sebagai “bivalen” akan melindungi manusia daripada strain BA.1 Omicron yang terdahulu, serta virus COVIS asal yang muncul di China pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, syarikat vaksinasi itu tidak menyasarkan jenis BA.4 dan BA.5 yang lebih baru dan lebih berjangkit, serta menjadi varian dominan di seluruh dunia.

    Keputusan itu dibuat sehari selepas pengawal selia ubat Amerika Syarikat (AS) telah membenarkan versi terkini vaksin COVID yang menggabungkan perlindungan terhadap sub varian terkemudian, selepas memberitahu farmaseutikal pada Jun lalu bahawa mana-mana penggalak yang dikemas kini mesti menyasarkan versi terbaharu omicron.

    Para saintis berharap penggalak baharu itu akan mencetuskan tindak balas yang kuat daripada sistem imun untuk mencegah bukan sahaja penyakit serius tetapi mungkin juga jangkitan yang lebih ringan iaitu sama seperti yang dilakukan oleh vaksin asal sebelum wabak itu.

    27 negara EU pada masa ini masih menggunakan vaksin COVID yang sama yang diluluskan hampir dua tahun lalu untuk digunakan menentang varian asal. Walaupun mereka menawarkan beberapa perlindungan terhadap varian yang lebih baru, syarikat farmaseutikal dan bioteknologi berlumba menghasilkan vaksin yang mampu menentang varian omicron yang lebih ringan tetapi lebih berjangkit.

    EMA berkata kajian semula vaksin Pfizer dan Moderna yang disesuaikan memfokuskan pada data daripada kajian makmal dan daripada ujian terhadap tindak balas imun terhadap varian asal dan omicron. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...