Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU peruntuk 10 bilion euro bagi pelaburan infrastruktur ASEAN

    KUALA LUMPUR, 18 DIS – Sebagai memperingati sambutan 45 tahun kerjasama antara Kesatuan Eropah (EU) dan ASEAN, kesatuan itu dan negara-negara anggotanya mengumumkan peruntukan sebanyak €10 bilion sebagai sebahagian daripada kempen Global Gateway untuk mempercepat pelaburan infrastruktur di negara-negara ASEAN. 

    Pakej ini akan menumpukan kepada program peralihan hijau dan kesalinghubungan mampan di Asia Tenggara disokong oleh dua Inisiatif Team Europe, iaitu Inisiatif Kesalinghubungan Mampan dan Inisiatif Hijau Team Europe. 

    Pelaburan itu akan menumpukan kepada sektor tenaga, pengangkutan, digitalisasi, pendidikan dan penggalakan rantaian nilai mampan.

    Inisiatif ini akan menyokong peralihan Asia Tenggara kepada ekonomi hijau, memastikan akses yang lebih baik kepada perkhidmatan penting, peluang ekonomi dan pekerjaan.

    “Kita meraikan 45 tahun kerjasama antara dua rantau yang percayakan kepada multilateralisme dan sistem dunia yang berasaskan peraturan. Global Gateway akan mengukuhkan lagi perkongsian strategik kita.

    “Inisiatif Kesalinghubungan Mampan akan mengukuhkan ekonomi ASEAN, mencipta peluang pekerjaan dan menjadi pemangkin dalam perjuangan kita menangani perubahan iklim,” kata Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen dalam satu kenyataan baru-baru ini. – Bernama

    Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen bercakap pada siding media semasa siding kemuncak EU-ASEAN di ibu pejabat Majlis Eropah di Brussels pada 14 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda