Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU rancang batalkan perjanjian vaksin Valvena

    PARIS, 16 MEI – Suruhanjaya Eropah berhasrat membatalkan satu perjanjian untuk membeli vaksin COVID yang dibangunkan firma Perancis-Austria Valvena kerana vaksin berkenaan masih belum menerima kelulusan pasaran.

    Cabang eksekutif Kesatuan Eropah (EU) telah menandatangani satu perjanjian untuk membeli sehingga 60 juta dos vaksin VLA2001 – yang menggunakan teknologi tradisional virus tidak aktif – pada 2022 dan 2023.

    Namun kontrak mempunyai satu klausa yang membenarkan Brussels membatalkan perjanjian sekiranya vaksin tidak menerima kelulusan daripada Agensi Ubat-Ubatan Eropah pada 30 April.

    Syarikat itu mempunyai 30 hari bermula 30 Mei untuk mendapatkan kelulusan pemasaran atau menyarankan ‘satu pelan pemulihan yang boleh diterima’, kata Valvena dalam satu kenyataan.

    “Syarikat akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Eropah (EC) dan negara anggota EC yang mengambil bahagian untuk mencapai persetujuan pelan pemulihan dan menawarkan VLA2001 kepada negara anggota yang masih ingin menerimanya,” menurut kenyataan.

    “Keputusan EC amat dikesali terutamanya apabila kami terus menerima maklum balas daripada warga Eropah yang ingin mendapatkan vaksin lebih tradisional,” kata ketua eksekutif Valvena Thomas Lingelbach.

    Valvena disoal lagi oleh agensi ubat-ubatan itu pada bulan lalu dan syarikat berkata ia telah menghantar jawapannya pada 2 Mei.

    Syarikat berkata ia menjangka menerima respons positif daripada agensi pada Jun.

    Di bawah kontrak berkenaan, Valvena berkata ia tidak diwajibkan untuk memulangkan bayaran pendahuluan yang dibuat oleh suruhanjaya sekiranya perjanjian dibatalkan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda