Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU rancang pindaan sistem dagangan pelepasan karbon

    LUXEMBOURG, 22 OKT – Suruhanjaya Eropah merancang untuk meminda sistem dagangan pelepasan karbon Kesatuan Eropah (EU) bagi sektor pengangkutan dan bangunan yang dijadualkan mula berkuat kuasa pada 2027, sebagai langkah mengelakkan kenaikan mendadak harga bahan api kepada pengguna, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Di bawah skim berkenaan, syarikat-syarikat perlu memiliki permit bagi setiap pelepasan gas rumah hijau yang dihasilkan.

    Mulai 2027, skop sistem itu akan diperluas merangkumi pelepasan karbon daripada pembakaran bahan api, terutamanya melibatkan sektor pengangkutan dan bangunan.

    Langkah itu bertujuan menggalakkan penggunaan tenaga rendah karbon dan mengurangkan pelepasan dalam sektor yang menyumbang sebahagian besar gas rumah hijau EU.

    Pada mesyuarat Menteri Alam Sekitar EU di Luxembourg kelmarin, Pesuruhjaya Iklim, Wopke Hoekstra mencadangkan agar negara anggota mempercepatkan pengeluaran sijil permit pelepasan karbon sebaik sistem itu bermula, bagi meningkatkan bekalan dan membantu mengekang kenaikan harga.

    Entiti yang dikawal selia akan membeli permit itu melalui kaedah lelongan. – Bernama

    Asap terhasil daripada pembakaran dapur arang batu di Kolkata, India, pada 17 November 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda