Sunday, April 13, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU sedia kenakan cukai ke atas syarikat teknologi AS

    MOSCOW, 11 APRIL – Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen memberi amaran bahawa Kesatuan Eropah (EU) sedia mengenakan cukai ke atas hasil pengiklanan digital yang dijana oleh syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), termasuk Meta dan Google, sekiranya rundingan perdagangan dengan Washington gagal mencapai hasil yang memuaskan.

    Dalam temu bual bersama Financial Times, von der Leyen berkata bahawa terdapat ‘pelbagai langkah balas’ yang boleh diambil sekiranya rundingan tidak mencapai hasil memuaskan, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    Beliau turut menegaskan bahawa EU ‘tidak akan bertolak ansur’ terhadap aliran masuk barangan China ke pasaran Eropah dan akan mengambil langkah perlindungan sekiranya mekanisme pemantauan baharu menunjukkan peningkatan import dari negara itu.

    Menurut laporan, dasar perdagangan Presiden AS, Donald Trump, telah mengubah hubungan perdagangan global dan mendorong EU untuk menjalinkan rundingan dengan negara-negara seperti Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu.

    Pada Rabu, Trump memaklumkan bahawa beliau meluluskan penangguhan tarif selama 90 hari terhadap semua negara kecuali China, dan mengurangkan kadar tarif timbal balik kepada 10 peratus susulan rundingan perdagangan yang sedang berlangsung dengan lebih 75 negara. – Bernama

    von der Leyen bercakap kepada wartawan semasa sidang media di ibu pejabat EU di Brussels pada 7 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda