Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU sekat eksport vaksin Pfizer

    MOSCOW, 29 JAN – Kesatuan Eropah (EU) mungkin menyekat eksport vaksin COVID-19 yang dibangunkan Pfizer ke United Kingdom (UK) untuk memastikan bekalan vaksin mencukupi untuk negara anggota, lapor agensi berita Sputnik.

    EU sedang mengkaji untuk melaksanakan “langkah-langkah segera bagi memastikan pengeluaran dan bekalan vaksin yang efektif kepada penduduk (EU),” lapor media Independent semalam, memetik surat Presiden Majlis Eropah Charles Michel.

    Perang vaksin telah tercetus dengan keputusan syarikat AstraZeneca untuk menjamin bekalan ke UK dengan menunda penghantaran ke EU kerana masalah pengeluaran. London telah memesan 40 juta dos vaksin Pfizer, penghantarannya kini menjadi ancaman.

    “Ini boleh menyebabkan EU dan negara-negara anggotanya mengambil langkah undang-undang, dengan menerima pakai langkah-langkah segera yang sesuai, untuk memastikan pengeluaran dan bekalan vaksin yang efektif kepada penduduk kita,” kata Michel dalam surat itu yang mengulas kemungkinan mengenakan larangan eksport.

    Pegawai EU itu dilaporkan berkata telah mengusulkan cadangan ini kepada Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen.

    Media lain, Politico, semalam melaporkan EU hari ini telah memutuskan untuk memperkenalkan satu mekanisme yang membolehkan negara-negara anggota menyekat eksport vaksin di seluruh dunia.

    Rancangan itu dilaporkan membayangkan EU akan memberikan kebenaran khas untuk membolehkan eksport vaksin.

    Blok tersebut akan memberi kebenaran hanya setelah memastikan pengeluar telah menghantar tempahan dos vaksin kepada negara-negara anggota sepertimana termaktub dalam perjanjian dibuat sebelum ini. – Bernama

    Ahli farmasi NeemKhazee (kanan) dan JocieWalsh mencairkan vaksin Pfizer/BioNtech sebelum dos diberikan di pusat vaksinasi di ThorntonLittleTheaterkelmarin.Kesatuan Eropah mungkin menyekat eksport vaksin yang dibangunkan Pfizerke UK untuk memastikan bekalan vaksin mencukupi untuk negara anggota. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda