Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU setuju dapatkan bekalan bahan mentah sendiri

    BRUSSELS, 14 NOV – Kesatuan Eropah (EU) kelmarin bersetuju untuk merangka pelan bagi mendapatkan bekalan bahan mentah kritikalnya sendiri, dengan Brussels berusaha untuk mengurangkan kebergantungannya kepada negara lain, terutamanya China.

    Brussels amat bimbang tentang ketinggalan semasa peralihan kepada teknologi bersih di mana China telah mencapai kemajuan besar kerana aksesnya kepada bahan mentah, sementara Amerika Syarikat telah melabur berbilion-bilion ke dalam subsidi untuk teknologi hijau.

    Bahan mentah kritikal seperti kobalt, litium dan tungsten diperlukan untuk menghasilkan produk elektrik yang digunakan pengguna hari ini, termasuk telefon pintar.

    China mendominasi dalam banyak sektor teknologi bersih termasuk semikonduktor, mineral kritikal, bateri dan panel solar. – AFP

    Breton bercakap dengan media semasa tiba untuk mesyuarat menteri luar dan pertahanan EU di bangunan Majlis Eropah di Brussels kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda