Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU tarik balik kawalan sempadan Bulgaria, Romania

    LONDON, 1 JAN – Majlis Eropah bersetuju untuk menarik balik kawalan sempadan dalaman udara dan maritim dengan Bulgaria dan Romania, sekali gus memberi laluan kepada kedua-dua negara untuk memperoleh akses penuh ke wilayah Schengen yang merangkumi 23 negara Eropah.

    Dalam satu kenyataan pada lewat Sabtu, Majlis Eropah berkata langkah itu dibuat selepas negara anggota Kesatuan Eropah (EU) sebulat suara mencapai persetujuan mengenai perkara itu, lapor agensi Anadolu.

    “Mulai 31 Mac 2024, tiada lagi pemeriksaan terhadap individu di sempadan dalaman udara dan maritim EU antara Bulgaria dan Romania dan negara-negara lain di kawasan Schengen,” katanya.

    Suruhanjaya Eropah menyambut baik keputusan Majlis mengenai Romania dan Bulgaria, yang menjadi anggota EU sejak 2007.

    Sebelum ini, Austria berkata Bulgaria dan Romania perlu menerima pelarian dari Afghanistan dan Syria sebagai syarat untuk masuk ke Zon Schengen.

    Kawasan Schengen kini merangkumi 23 daripada 27 negara Eropah, termasuk Iceland, Norway, Switzerland, dan Liechtenstein.

    Ia membolehkan orang ramai melakukan perjalanan dengan bebas dalam kalangan negara anggota tanpa melalui kawalan sempadan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda