Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU tawar vaksin percuma

    MOSCOW, 3 JAN – Kesatuan Eropah (EU) menawarkan vaksin COVID-19 percuma kepada China untuk membantu negara berkenaan membendung penularan penyakit itu ketika Beijing bersiap sedia bagi menamatkan sekatan pergerakan diperketatkan dan membuka sempadannya, lapor Sputnik.

    The Financial Times memetik pegawai EU sebagai berkata tawaran itu yang dibuat dalam beberapa hari kebelakangan ini menjelang mesyuarat menteri kesihatan EU pada Selasa merupakan sebahagian tindak balas Suruhanjaya Eropah terhadap kemungkinan gelombang baharu kes COVID-19 di seluruh dunia selepas China memutuskan untuk menamatkan ‘dasar toleransi sifar’ ter-hadap virus itu.

    “Pesuruhjaya Kesihatan EU, Stella Kyriakides telah menghubungi rakan sejawatannya dari China untuk menawarkan solidariti dan sokongan termasuk kepakaran kesihatan awam serta sumbangan vaksin EU yang disesuaikan dengan varian,” kata seorang pegawai EU dipetik sebagai berkata.– Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda