Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    EU terima hampir 1 juta permohonan perlindungan

    BARCELONA, SEPANYOL, 22 FEB – Hampir satu juta orang memohon perlindungan antarabangsa di Kesatuan Eropah (EU) pada 2022, menurut data yang disiarkan hari ini, membawa jumlah permohonan perlindungan ke tahap yang tidak pernah dilihat sejak krisis pelarian 2015-2016.

    Agensi EU untuk pencari perlindungan berkata 966,000 permohonan perlindungan dibuat di 27 negara EU selain di Norway dan Switzerland pada tahun lalu, meningkat 50 peratus daripada 2021. Ia tidak termasuk lebih daripada empat juta pelarian Ukraine yang diberikan perlindungan sementara di EU, mekanisme kes yang diaktifkan untuk mengelak sistem perlindungan yang telah pun tertunggak.

    Agensi Eropah mengaitkan peningkatan permohonan kepada pelonggaran perjalanan COVID, peningkatan krisis makanan dan konflik di kebanyakan negara di dunia. Walaupun kebanyakan pencari suaka memasuki EU secara haram, terutamanya menerusi kapal terbang dengan visa perjalanan, sesetengahnya juga menyeberangi sempadan darat dan laut EU tanpa kebenaran, terutamanya menerusi Balkan dan Mediterranean di Barat.

    Selepas peperangan sedekad dan krisis ekonomi, penduduk Syria terus menduduki senarai teratas pencari perlindungan di Eropah dengan lebih daripada 130,000 permohonan.

    Mereka diikuti oleh warga Afghan yang melarikan diri daripada krisis kemanusiaan, keselamatan dan kewangan selepas diambil oleh Taliban pada Ogos 2021, dengan 129,000 permohonan. – AP

    Pelarian Ukraine beratur untuk makanan selepas tiba di stesen kereta api utama di Berlin, Jerman pada 8 Mac 2022. Hampir sejuta orang memohon perlindungan antarabangsa di Kesatuan Eropah pada 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...