Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU terima teknologi bayar tanpa sentuh Apple

    BRUSSELS, 12 JULAI – Suruhanjaya Eropah mengumumkan kelmarin bahawa ia telah menerima komitmen Apple yang diikat secara sah untuk membenarkan akses pihak ketiga kepada teknologi bayar tanpa sentuhnya, satu langkah yang bertujuan untuk meningkatkan persaingan dalam sektor pembayaran mudah alih.

    Keputusan itu berikutan siasatan anti kepercayaan rasmi yang dimulakan pada Jun 2020, yang menyimpulkan pada 2022 dengan penemuan awal bahawa Apple telah menyalahgunakan kedudukan pasaran dominannya apabila menyekat akses pihak ketiga kepada Komunikasi Medan Dekat (NFC) atau ‘tap-and-go’  pada peranti iOS.

    Sebagai tindak balas, pada Januari 2024 Apple mencadangkan untuk memberi akses percuma kepada fungsi NFC pada peranti mereka tanpa memerlukan penggunaan Apple Pay atau Apple Wallet kepada penyedia dompet pihak ketiga.

    Suruhanjaya Eropah menguji dan meminda komitmen berdasarkan maklum balas daripada pihak yang berminat, yang membawa kepada penerimaan yang terakhir oleh Kesatuan Eropah (EU).

    Komitmen itu yang kini berkuat kuasa selama 10 tahun akan digunakan di seluruh Kawasan Ekonomi Eropah (EEA).

    Apple berkata dalam satu kenyataan bahawa ia menyediakan pemaju di EEA dengan pilihan untuk membolehkan pembayaran tanpa sentuh NFC dan transaksi tanpa sentuh untuk kegunaan seperti kunci kereta, lencana korporat, kunci hotel dan tiket konsert.

    Mematuhi komitmen ini bermakna ia akan menyelamatkan Apple daripada kemungkinan didenda kerana pelanggaran undang-undang persaingan EU yang boleh mengakibatkan penalti sehingga 10 peratus daripada hasil global tahunan syarikat.  – Xinhua

    FAIL – Logo Apple di sebuah kedai di pusat bandar, Munich, Jerman pada Dis 2020. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda