Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eucafluff kembangkan perniagaan

    SAO PAULO, Brazil, 11 April – Pergabungan Suzano Papel e Celulose dan Fibria, satu-satunya pulpa bulu halus berasaskan kayu putih dan digunakan dalam barangan kebersihan diri seperti lampin pakai buang dan tuala wanita, telah meningkatkan jualan Eucafluff dalam pasaran Eropah, Asia dan Amerika Syarikat (AS).

    Eucafluff dianggap sebagai satu rujukan inovasi dan kemapanan dan diterima baik oleh pengeluar global. Dalam masa enam bulan belakangan ini, syarikat seperti Ontex dan Vinda International, selain syarikat tempatan di Eropah, AS, Jepun dan China telah melakukan pembelian dengan Suzano.

    Pada masa ini, 86 peratus jualan Eucafluff adalah dari luar negara, yang mana 32 peratus telah terjual di Asia.

    “Penerimaan pulpa bulu halus kami di dalam pasaran matang dan syarikat multinasional membuktikan bagaimana gentian kayu putih ini dapat memberikan prestasi yang baik kepada pasaran kebersihan diri.

    “Kami komited untuk mempertingkat kualiti dan prestasi produk akhir para pelanggan kami dan ini dibuktikan dalam kerjasama global yang telah kami wujudkan kebelakangan ini,” kata, Pengurus Eksekutif Unit Perniagaan di Suzano, Alexandre Correa. Eucafluff yang dibangunkan oleh Suzano dan hasil kajian selama 11 tahun, merupakan pulpa kraft luntur dari jenis bulu halus kayu putih yang pertama di dunia dan digunapakai antara lainnya di dalam produk penyerap, selain produk kebersihan diri, produk pakai buang.

    Manfaat utama yang diberikan oleh gentian yang unik ini adalah penyerapan dan penyimpanan cecair yang lebih tinggi dalam produk asas dan keselesaan dan perlindungan yang lebih baik buat pengguna akhir. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda