Ketampanan pelakon Korea, Cha Eun Woo nampaknya tetap mencuri perhatian meskipun sedang menjalani latihan ketenteraan.
Memetik laporan mStar, dia juga merupakan ahli kumpulan Astro dipercayai terpaksa melakukan kerja lebih masa semasa berada dalam kem latihan berkenaan.
Menurut sumber terdekat, bintang berusia 27 tahun itu dikatakan terpaksa mencuci pinggan lebih banyak daripada rakan sepasukan lain setiap kali bertugas di dapur.
Bagaimanapun, ia bukan kerana dihukum sebaliknya rakan-rakan tentera sengaja menyerahkan pinggan kepada Eun Woo semata-mata mahu berinteraksi dan melihat wajah kacak pelakon True Beauty itu.

“Anak bos saya masuk tentera sama dengan Cha Eun Woo. Kebetulan minggu itu dia ditugaskan mencuci pinggan.
“Semua askar lain hanya beri pinggan pada Eun Woo sebab nak tengok dia sahaja,” katanya.
Situasi itu membuatkan ramai peminat terhibur dan menganggap ianya lucu walaupun agak kasihan kerana Eun Woo perlu bekerja lebih keras berbanding orang lain.
Malah ada yang berseloroh menganggap dirinya rajin menyempurnakan tugas tanpa sebarang rungutan.
Untuk rekod, Eun Woo memulakan latihan ketenteraan pada 28 Julai lalu, malah sebelum berangkat dia sempat mengadakan siaran langsung di YouTube untuk mengucapkan selamat tinggal kepada peminat. – Agensi

