Sunday, February 9, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Europa: Everton ditendang keluar

    PARIS, 3 Nov – Everton yang bergelut terkandas keluar dari peringkat kumpulan Liga Europa awal pagi tadi dengan berbaki dua perlawanan selepas tewas 3-0 di Lyon, sementara AC Milan terlepas peluang untuk memastikan tempat mereka dalam peringkat 32 terakhir.

    Merana di zon penyingkiran Liga Perdana dan tanpa pengurus kekal sejak pemecatan Ronald Koeman minggu lepas, Everton tersungkur kepada tiga gol separuh masa kedua di Perancis.

    Bertrand Traore mengelecek Jordon Pickford untuk memecahkan kebuntuan pada minit ke-68, dengan penyerang Burkina Faso bersedih selepas beberapa hari kematian rakan sepasukan antarabangsanya, Soulma Abdoulaye.

    Abdoulaye, 37, meninggal dunia minggu lepas selepas sakit buat masa yang lama. Dia mempunyai 42 kap bagi Burkina Faso dan tampil dalam skuad yang mara ke Piala Negara-Negara Afrika 2013.

    Traore yang penuh emosi telah digantikan tidak lama selepas menjaringkan gol, kemudian Memphis Depay memberikan umpanan gol kepada Houssem Aouar, 19, bagi gol kedua tuan rumah pada minit ke-76.

    Bekas pemain sayap Manchester United itu kemudian menyenaraikan namanya di saat-saat akhir selepas seorang lagi bekas pemain United, Morgan Schneiderlin, diarah keluar padang kerana kad kuning kedua dalam pertembungan Kumpulan E.

    “Kami sangat kecewa dengan keputusan itu. Hampir 70 peratus, kami hampir sempurna dengan rancangan permainan kami, mencipta beberapa peluang dan seharusnya menjaringkan gol,” kata pengurus sementara Everton, David Unsworth, yang menolak bagi membincangkan masa depannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda