Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    EV alternatif terbaik usaha rendah karbon logistik, pengangkutan

    KUALA LUMPUR, 28 SEPT – Sektor pengangkutan dan industri logistik yang merupakan penyumbang berbilion dolar kepada ekonomi Malaysia perlu mula melaksanakan usaha rendah karbon dan cekap sumber berlandaskan prinsip kemampanan.

    Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata pengangkutan dan industri logistik pada masa sama turut diakui sebagai penyumbang ketara kepada pelepasan karbon dan gas rumah hijau bukan sahaja di negara ini malah juga di seluruh dunia.

    “Menganggap perubahan iklim sebagai ancaman paling mendesak ke atas manusia hari ini, adalah wajar kita mula memperjuangkan usaha rendah karbon dan cekap sumber yang berlandaskan prinsip kemampanan.

    “Sememangnya, kenderaan elektrik (EV) muncul sebagai alternatif berdaya maju terbaik untuk mencapai aspirasi iklim dan memastikan bumi boleh didiami,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran van penghantaran elektrik DHL Express Malaysia di sini, pada Rabu.

    Beliau menyifatkan usaha DHL Express Malaysia itu bukan sahaja memulakan era baharu logistik hijau dengan penggunaan EV malah juga membuka laluan untuk membaik pulih industri logistik agar menjadi bersih dan lestari.

    Langkah syarikat logistik ini adalah satu inisiatif dalam menyokong usaha mengurangkan pelepasan karbon ke arah menangani perubahan iklim, katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda