Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Evan Ferguson akan terlepas perlawanan kelayakan Euro

    DUBLIN, 6 SEPT – Penyerang Ireland, Evan Ferguson akan terlepas dua perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah akan datang untuk negaranya kerana kecederaan lutut, kata pasukan kebangsaan hari ini.

    Pemain Brighton itu menjaringkan hatrik senior pertamanya dalam kemenangan 3-1 ke atas Newcastle pada Sabtu dan dianggap sebagai salah satu bakat terbaik Ireland.

    Masalah lututnya disahkan selepas dia menyertai pasukan kebangsaannya untuk perlawanan menentang Perancis dan Belanda.

    “Selepas penilaian daripada pasukan perubatan Ireland, dia telah diketepikan daripada kedua-dua perlawanan,” kata kenyataan Ireland, sambil menambah bahawa Ferguson yang berusia 18 tahun telah mengalami kecederaan ketika menentang Newcastle. – AP

    Reaksi Evan Ferguson selepas menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Englsih di AMEX, Brighton and Hove, England pada 2 September. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...