Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Evanilson ledak gol pertama untuk Bournemouth

    BOURNEMOUTH, 1 OKT – Pemain termahal Bournemouth, Evanilson, menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu ketika membantu pasukan meraih kemenangan 3-1 ke atas Southampton, semalam.

    Penyerang antarabangsa Brazil itu membantu pasukan tuan rumah untuk menjaringkan tiga gol pantas dalam 39 minit pertama, dengan Dango Ouattara dan Antoine Semenyo juga meledak gol.

    Taylor Harwood-Bellis berjaya merapatkan jurang buat Southampton pada babak kedua, namun The Saints kekal di kedudukan tiga tercorot tanpa sebarang kemenangan sejak kembali ke Liga Perdana Inggeris.

    Kemenangan ini menyaksikan Bournemouth melonjak ke tangga ke-11, mengatasi Manchester United, dengan kemenangan kedua mereka dalam kempen musim ini.

    Evanilson, yang dibeli dengan harga £40 juta sebagai pengganti kepada Dominic Solanke, yang berhijrah ke Tottenham bulan lalu, mempamerkan kebangkitan selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam kekalahan 1-0 kepada Chelsea di perlawanan terakhir Bournemouth.

    Penyerang itu berjaya menjaringkan gol selepas menerima hantaran daripada sepakan percuma yang pantas diambil oleh Marcus Tavernier pada minit ke-17.

    “Ia adalah gol yang kami nantikan daripada Evanilson,” kata penolong pengurus Bournemouth, Tommy Elphick, yang menggantikan pengurus utama, Andoni Iraola, yang sedang menjalani hukuman penggantungan. – AFP

    Reaksi Evanilson meraikan kejayaan gol pembukaan semasa perlawanan Liga Perdana di Stadium Vitality, Bournemouth, England, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda