Chris Evans dan Chris Hemsworth adalah nama yang tidak asing lagi dalam franchise Marvel.
Kedua duanya memainkan peranan yang penting dalam menjayakan watak dalam filem Avengers.
Menurut Showbiz, kedua-dua pelakon ini telah dilarang oleh produksi untuk mempromosikan filem Avengers dalam satu set yang sama.
Kedua-duanya bertemu di sebuah kelab malam di New York lebih 10 tahun yang lalu. Pada ketika itu, mereka berdua telah bersiap sedia untuk memainkan peranan sebagai pelakon filem Marvel.
Menurut Showbiz, mereka menjadi sangat rapat di lokasi penggambaran apabila keduanya disatukan untuk filem pertama mereka. Keadaan menjadi lebih serius apabila mereka lebih suka bermain di set berbanding fokus dengan kerja watak masing-masing. Mereka mengatakan bahawa Marvel harus memisahkan mereka semasa wawancara untuk mempromosikan filem Marvel kerana mereka selalu ketawa antara satu sama lain, tidak fokus dan tidak serius dalam mempromosikan filem.
Mungkin ada yang mengatakan Marvel harus membiarkan mereka menunjukkan kepada dunia betapa ‘bromance’ yang mereka ada. Tidak ada yang lebih menghiburkan daripada melihat dua rakan baik ini bergabung dan terus berjaya dalam filem mereka. – Agensi
