Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Evergrande jual tanah AS$1 bilion

    BEIJING, 28 NOV – Syarikat harta tanah China, Evergrande telah menjual tanah yang sebelum ini diperuntukkan untuk ibu pejabatnya di selatan hab teknologi Shenzhen pada harga AS$1 bilion, menurut dokumen rasmi, ketika ia bergelut untuk bertahan.

    Syarikat itu telah terbabit dalam rundingan penyusunan semula selepas mencatat liabiliti berjumlah AS$300 bilion ekoran tindakan keras Beijing ke atas hutang berlebihan dan spekulasi dalam sektor harta tanah.

    Tanah seluas 10,377 meter persegi di daerah Nanshan itu dijual kepada Shenzhen Anhe No 1 Real Estate Development Co pada harga 7.5 bilion yuan, menurut rekod transaksi tanah yang disiarkan oleh Pusat Tukaran Sumber Awam baru-baru ini.

    Evergrande telah berusaha untuk melepaskan asetnya dalam beberapa bulan ini dan situasi kewangannya telah bertambah buruk sejak tahun lalu.

    Masalahnya melambangkan krisis yang membelenggu sektor harta tanah China, dengan syarikat lebih kecil juga gagal membayar hutang dan yang lainnya bergelut mengumpul wang tunai selepas Beijing mengenakan sekatan pinjaman pada 2020.

    Pemaju besar termasuk Evergrande telah gagal menamatkan projek, sekali gus mencetuskan pemulauan gadai janji dan bantahan daripada pembeli rumah. – AFP

    Gambar fail menunjukkan kanak-kanak bermain bola keranjang di depan kompleks perumahan yang dibina oleh pemaju Evergrande di Beijing. Evergrande telah menjual tanah yang diperuntukkan untuk ibu pejabatnya pada harga AS$1 bilion. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...