LONDON, 26 APRIL – Everton berkata mereka ‘terkejut’ apabila salah seorang pemain mereka yang juga pemain pemain kebangsaan Itali, Moise Kean menganjurkan pesta di rumahnya sekali gus menyalahi langkah penjarakan sosial yang diarahkan oleh kerajaan Britain disebabkan oleh pandemik koronavirus.
Penyerang berusia 20 tahun merakam dirinya menganjurkan pesta, lapor Daily Mirror.
Mirror berkata Kean menghantar klip video ke kumpulan persendirian Snapchat, dengan video tersebut melihatkan tetamu wanita sedang menari.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Everton meluahkan kemarahan atas tindakan pemain tersebut – mereka tidak menyebut nama Kean – pada hari di mana jumlah kematian di hospital di United Kingdom melebihi 20,000 kematian.
“Everton terkejut mengetahui insiden itu yang mana pemain skuad utama tidak mengendahkan garis panduan kerajaan dan polisi kelab berkaitan dengan krisis koronavirus,” menurut kenyataan dari kelab.
“Kelab dengan tegas meluahkan rasa kecewa ke atas pemain dan ingin menjelaskan tindakan sedemikian adalah benar-benar tidak diterima.”
Kelab menambah bahawa kesemua kakitangan mereka telah dimaklumkan mengenai garis panduan kerajaan, yang termasuk melakukan satu senaman sehari dan seseorang hanya mengadakan interaksi sosial dengan orang yang serumah dengan mereka. – AFP
