Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Everything Everywhere All at Once dahului pencalonan Oscar dengan 11 kategori

    Filem drama komedi khayalan arahan Asia A-24, Everything Everywhere All at Once, mengetuai pencalonan untuk Anugerah Akademi ke-95 atau Oscar, dengan 11 pencalonan, menurut Academy of Motion Picture Arts and Sciences pada Selasa.

    Filem pengembaraan aksi sains fiksyen lucu mengisahkan tentang seorang wanita Cina Amerika yang penat dan tidak dapat menyelesaikan isu cukainya, dicalonkan dalam beberapa kategori utama, termasuk filem terbaik, pengarah terbaik Daniel Kwan dan Daniel Scheinert, pelakon terbaik Michelle Yeoh, pelakon pembantu terbaik Ke Huy Quan, dan pelakon pembantu terbaik Jamie Lee Curtis dan Stephanie Hsu, lapor Xinhua.

    Yeoh mencipta sejarah Anugerah Akademi apabila menjadi pelakon Asia pertama dicalonkan bagi kategori pelakon wanita terbaik. Pelakon keturunan Cina dari Malaysia itu memenangi anugerah Golden Globe pertamanya sebagai pelakon terbaik dalam filem muzikal atau komedi awal bulan ini.

    Everything Everywhere All at Once juga dicalonkan untuk reka bentuk pakaian terbaik, skrip asal terbaik, skor asal terbaik, penyuntingan filem terbaik dan lagu asal terbaik.

    Filem tragicomedi gelap terbitan Searchlight Pictures iaitu The Banshees of Inisherin dan filem antiperang Jerman All Quiet on the Western Front menyusul dengan 9 pencalonan, diikuti filem drama biografi Warner Bros. Pictures Elvis menerusi lapan kategori.

    Everything Everywhere All at Once, The Banshees of Inisherin, All Quiet on the Western Front dan Elvis akan bersaing dengan Avatar: The Way of Water dan lima filem lain untuk anugerah filem terbaik.

    Yeoh akan bersaing dengan Cate Blanchett (Tar), Ana de Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle Williams (The Fabelmans) dalam kategori pelakon wanita terbaik. – Bernama

    Yeoh menyifatkan setiap mereka yang terbabit dalam pembikinan filem Everything Everywhere All at Once mencurahkan seluruh jiwa dan raga. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...