Sabtu, 22 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Evolusikan kemahiran mekanik kereta

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Mekanik pada masa ini perlu mahir bekerja dengan sistem komputer yang kompleks, memahami elektronik yang rumit dan menyelesaikan masalah berkaitan perisian selain memberikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

    “Evolusi ini adalah peluang untuk meningkatkan profesion dan memastikan ia relevan pada tahun-tahun akan datang.”

    Perkara itu ditekankan oleh Pengarah Urusan Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM), Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis Pelancaran Program Master Mechanics anjuran BSM di Tarindak D’Seni, hari ini.

    Hadir selaku tetamu ke-hormat bagi menyempurnakan pelancaran ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku ahli Lembaga Pengarah BSM.

    Dalam ucapannya itu, Awang Muhammad Norshafiee turut menjelaskan bahawa proses pembinaan keupayaan adalah penting untuk kejayaan yang berterusan dan pertumbuhan bagi semua mekanik.

    Kongsinya, tinjauan yang telah dijalankan oleh BSM pada Julai mendapati bahawa pembangunan kapasiti adalah perkara paling penting dalam kalangan mekanik di mana pengguna bergantung kepada mekanik untuk menjaga kereta mereka.

    Ke arah itu, sebagai peluang untuk memastikan tenaga kerja mekanik mengikuti perkembangan pembangunan dalam industri automotif BSM teruja untuk memperkenalkan program Master Mechanics.

    “Program ini telah direka dengan teliti sebagai platform untuk mekanik meluaskan pengetahuan mereka dalam bidang pelincir, teknologi enjin, piawaian industri serta pembangunan perniagaan dan perkhidmatan pelanggan.

    “BSM juga melancarkan Program Kesetiaan Mekanik Shell sebagai penghargaan kepada mekanik automotif di negara ini,” tambah beliau.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew dan Awang Muhammad Norshafiee bergambar ramai pada majlis pelancaran program. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    Tetamu-Tetamu Khas ketika menyaksikan pameran. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    Para jemputan yang menghadiri ke majlis tersebut. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda