Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ewal tak jadi kahwin hujung tahun ini

    Niat penyanyi Ewal ingin menamatkan zaman bujang hujung tahun ini tidak kesampaian apabila kekasih hatinya dikenali sebagai Shania Miller memaklumkan hubungan mereka sudah berakhir.

    Menurut Shania atau Shania Twain Anderson, 23, dia hanya menjalinkan hubungan singkat dengan Ewal dan soal perkahwinan tidak pernah menjadi topik utama antara mereka.

    “Saya tidak ada apa-apa hubungan dengan Ewal lagi. Kami pernah bercinta sekejap sahaja dan sebenarnya tiada istilah nak nikah atau apa saja.

    “Kami pun sudah tidak lagi berhubung dan masing-masing sudah move on dengan kehidupan sendiri,” katanya kepada mStar.

    Mengakui Ewal atau Ikhwan Hafiz Ismail, 31, pernah meluahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga, Shania bagaimanapun berkata dia tidak melihat sebarang usaha dilakukan untuk melangkah ke fasa tersebut.

    Ewal pernah meluahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga namun tidak kesampaian kerana penyanyi itu telah berpisah dengan kekasihnya. – Agensi

    “Pada awalnya Ewal memang ada beritahu nak nikah hujung tahun tetapi makin lama makin tak nampak jalannya.

    “Saya rasa dia pun masih tak nak tamatkan zaman bujang dan pada saat akhir Ewal memberitahu dia mahu fokus kepada kerjayanya dan tidak dapat meneruskan perhubungan ini,” ujarnya.

    Dedah Shania lagi, mereka sepatutnya bernikah pada Jun ini sempena ulang tahun kelahirannya, namun Ewal meminta untuk menangguhkan sehingga akhir tahun.

    Malah, ada peminat yang menyangka mereka sudah bernikah dan dia perlu menjelaskan perkara sebenar kepada orang ramai.

    Enggan memanjangkan isu ini, Shania turut mendoakan Ewal bertemu jodoh lebih baik selepas ini.

    Namun dia juga tidak menolak sekiranya ditakdirkan ada jodoh bersama penyanyi lagu Kembalikan Semula itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda