Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ewing pintas Popov untuk menangi LPGA

    LOS ANGELES, 31 MEI – Pemain Amerika Syarikat (AS), Ally Ewing meraih kejuaraan kedua Jelajah LPGA di Kejohanan Match-Play LPGA, kelmarin, menewaskan bekas pemenang kejohanan utama, Sophia Popov untuk merangkul final 2 dan 1 di padang golf Shadow Creek di Las Vegas.

    Ewing, 28, memenangi kejohanan kelmarin selepas maraton golf di mana dia menewaskan pemain dari Thailand, Ariya Jutanugam, 3 dan 2 di pusingan separuh akhir.

    Ewing berjaya meraih kemenangan meskipun terdesak memerlukan dua pukulan di lubang ke-17 selepas pukulan pertamanya termasuk dalam kolam. Dia dikenakan denda, dan pada pukul kedua turut mengecewakan. Tetapi pemain AS itu berjaya bangkit dan mencapai kemenangan selepas Popov melakukan kesilapan lebih besar. “Saya merasa seperti tidak menentu,” kata Ewing. “Saya terasa letih bermain di luar sana.”

    Kemenangan Ewing disusuli oleh kejayaannya pada Oktober di Kejohanan Drive On 2020 di Reynolds Lake Oconee, selepas dia muncul sebagai juara pada Ahad meskipun menjadi pemain tunggal di peringkat separuh akhir yang belum pernah memenangi kejuaraan utama.

    Bekas pemenang Terbuka Britain Wanita, Popov turut melakukan pukulan yang mengecewakan di lubang ke-17. Dia menyalahkan keletihan kerana terlalu banyak bermain golf sebagai punca kekalahan.

    “Saya hanya merasa sedikit kecewa kerana tidak bermain di tahap terbaik pada petang ini,” kata Popov, yang menjuarai Terbuka Britain Wanita pada Ogos buat kali pertama. “Saya berada di sana. Jika saya dapat merapatkan perlawanan empat hari akhir, saya mungkin memenangi kejohanan. Kami berdua tidak beraksi di tahap terbaik kami.”

    Ewing memenangi lubang kedua, keempat dan ke-14 sementara Popov memenangi lubang ke-11 di final.

    Kedua-dua pemain mara ke kejayaan separuh akhir sebelum Ahad. – AFP

    Reaksi Ally Ewing menjulang trofi setelah menjuarai Jelajah LPGA di Kejohanan Match-Play LPGA di padang golf Shadow Creek, Las Vegas. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda