Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eyka cuma mahu tunjuk keindahan Tanah Suci

    Pelakon Eyka Farhana tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak yang merasakan tindakan berkongsi foto sepanjang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah adalah tidak wajar.

    Menurut mStar, Eyka atau Wan Atiqa Wan Sarmizi, 29, berpendapat tiada masalah sekiranya perkongsian momen itu dibuat kerana sebelum ini ramai sahaja yang berkongsi foto sewaktu mereka bercuti di luar negara.

    “Ada yang kata kalau pergi ke Tanah Suci tak perlu nak muat naik sebarang gambar
    atau apa-apa, janganlah asyik bergambar sahaja.

    “Ya Allah kenapa tak boleh kongsi kalau nak tunjuk betapa indahnya Tanah Suci Mekah.

    “Kalau kita bercuti ke negara lain habis 10 kali kongsi foto tak ada masalah,” katanya.

    Eyka menunaikan umrah pada 14 Julai lalu. – Murai.my

    Eyka berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads miliknya, hari ini.

    Dalam pada itu, Eyka memberitahu tujuannya berkongsi foto sewaktu berada di Tanah Suci adalah untuk menunjukkan keindahan bumi Arabia itu selain mendorong orang ramai untuk menjejakkan kaki ke sana.

    “Niat kita hanyalah untuk tunjuk keindahan bumi Mekah dan Madinah, dalam masa sama dapat juga sedikit sebanyak ajak yang lain untuk ke sini (Mekah) dengan izinnya,” ujarnya.

    Pada 14 Julai lalu, Eyka berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah bersama adiknya iaitu Dyba Farhana.

    Eyka meluahkan rasa syukur dengan pengalaman yang diperoleh sepanjang berada di Tanah Suci dan memberitahu dia turut menyimpan hasrat untuk membawa seluruh keluarganya untuk menunaikan ibadah umrah. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda