Selepas lebih dua tahun berdepan situasi suram dalam industri seni akibat pandemik COVID, bintang popular, Eyka Farhana kembali bersemangat mengembangkan kerjaya lakonannya.
Menurut Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 27, aktiviti seninya kini rancak dengan pelbagai projek baharu yang sedang dan akan menemui peminat tidak lama lagi.
Tidak mahu terikat dengan watak dan karakter sama dalam lakonan, Eyka mengakui sentiasa memastikan karya baharunya tampil dengan kelainan.
āSaya mahu berikan kelainan dalam lakonan dan mencuba pelbagai watak yang belum pernah dijayakan sebelum ini.
āTerbaru saya mendapat peluang tersebut menerusi filem Autumn In Wales di mana peminat boleh melihat saya membawa watak gadis bimbo, lantang dan ada elemen komedi.
āMungkin ada peminat yang tidak biasa melihat saya dengan watak sebegini, tetapi inilah kelainan yang saya mahu tonjolkan agar mereka dapat tengok kepelbagaian dalam lakonan saya,ā ujarnya yang memegang watak sebagai Aira.
Selain filem yang sedang hangat ditayangkan di saluran Astro First itu, Eyka juga tampil dengan drama baharu berjudul Bila Hati Memilih Dia yang bersiaran di slot Samarinda, TV3 bermula 28 Mac.
Pelakon yang baru sahaja sembuh daripada jangkitan COVID itu menegaskan untuk sentiasa menghargai peluang dan memberikan yang terbaik dalam usaha menjadi pelakon disegani.
Biarpun langkah untuk mengembangkan bakat dan membina nama di Indonesia terbantut disebabkan keadaan pandemik yang meruncing pada tahun lalu, Eyka yakin ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.
āPada tahun lalu saya sepatutnya terbang ke Indonesia untuk menyambung musim kedua drama popular, Pretty Little Liars versi Asia, namun ia tidak menjadi kenyataan disebabkan sekatan perjalanan ke luar negara pada ketika itu.
āJadi watak Emma yang saya pegang menerusi musim pertama itu terpaksa digantikan dengan pelakon lain. Jujurnya saya sangat kecewa kerana terlepas peluang yang bakal memberi pengalaman baharu dalam kerjaya. ā Agensi
