Pelakon Eyra Hazali selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah pusat perubatan pada malam Khamis.
Berita gembira itu dikongsi Eyra atau Hazira Qasdina Hazali, 25, yang memberikan bayangan kelahiran itu berlaku lebih awal berbanding jangkaan asal.
“Baby tak sabar nak tengok dunia. Alhamdulillah,” katanya.
Menurut mStar, Eyra berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Jumaat.
Menerusi foto tersebut, Eyra memuat naik foto suaminya iaitu Haziq Nadzli sedang mendukung anak damit mereka.
Bagaimanapun, Eyra tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai anak damitnya termasuk jantina dan nama.
Pada 29 Mei lalu, Eyra berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dia kini sedang hamil anak ketiga.
Untuk rekod, Eyra dan Haziq yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim, bernikah pada 1 November 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Hayder Qhalish, 4 dan Muhammad Endra Haqimie, 2 tahun. – Agensi