Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Eyra Hazali selamat bersalin

    Pelakon Eyra Hazali selamat melahirkan cahaya mata kedua kira-kira pukul 6:18 petang Jumaat di sebuah pusat perubatan di Johor, pada usia kandungan baru mencecah lapan bulan.

    Kata Eyra atau atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 23, dia terpaksa melalui enam jam proses dimasukkan ubat induce sebelum anak damit lelaki tersebut dilahirkan.

    “Alhamdulliah… proses bersalin semuanya berjalan lancar. Selepas enam jam saya diberi ubat induce, lahirlah seorang anak damit lelaki buat kami.

    “Syukur saya dan anak damit dalam keadaan sihat,” katanya kepada mStar.

    Dalam satu temu bual bersama mStar sebelum ini, Eyra memaklumkan dia sudah diberitahu oleh doktor untuk bersedia menyambut kelahiran anak damit lelaki pada bila-bila masa walau kandungan ketika itu baru berusia 34 minggu.

    Eyra selamat melahirkan anak damit lelaki yang kedua. – Agensi

    Eyra juga sebelum ini pernah dikejarkan ke sebuah pusat perubatan untuk menerima rawatan kerana anak damit dalam kandungan tidak bergerak.

    Disebabkan itu, dia diberi suntikan kortikostreriod (I/M dexamethason) atau nama ringkasannya dexa untuk mematangkan paru-paru anak damit dalam dalam kandungan itu.

    Gembira menyambut kelahiran anak damit kedua sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, Eyra turut bersyukur suaminya iaitu pemain bola kelab JDT, Haziq Nadzli dapat menemani ketika proses bersalin.

    “Mungkin anak saya mahu keluar awal sebab tak sabar nak raya bersama. Apa pun yang penting semuanya sudah selamat.

    “Syukur suami dapat teman saya ketika proses bersalin,” jelasnya.

    Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan pasangan itu juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish yang kini berusia dua tahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...