Lima hari selepas menimang cahaya mata, pelakon Eyra Hazali akhirnya mengumumkan nama putera ketiganya itu.
Eyra atau Hazira Qasdina Hazali, 25 dan suami iaitu Haziq Nadzli memilih nama Muhammad Hud Ezqandar buat anak ketiganya itu.
“Assalamualaikum Muhammad Hud Ezqandar.
“Seorang lagi keeper mama dan papa lahir pada 26 September 2024,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram, kelmarin.
Berserta kapsyen tersebut, Eyra memuat naik beberapa keping foto keluarga memaparkan wajah anaknya yang baru dilahirkan itu.
Dalam pada itu, Eyra turut meluahkan penghargaan atas doa dan ucapan daripada pengikutnya.
“Terima kasih banyak-banyak semua atas doa-doa baik kalian buat kami,” ujarnya menurut laporan mStar.
Pada 26 September lalu, Eyra selamat melahirkan anak ketiganya di sebuah pusat perubatan.
Untuk rekod, Eyra dan mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim pada 1 November 2019. – Agensi