Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ezad rakam semula lagu Rindu Hatiku Rindu

    Penyanyi Ezad Lazim kembali mencuri tumpuan apabila merakam semula lagu tular, Rindu Hatiku Rindu yang pernah dinyanyikan penyanyi cilik, Tantari.

    Lagu ala 1990 an itu diberi nafas baharu oleh Ezad, menjadikannya karya seperti miliknya.

    Dengan suara lemak merdu dan lenggok nyanyian tersendiri, Ezad berjaya menghidupkan kembali aura dan emosi lagu dengan sentuhan peribadinya.

    Menurut laporan BH Online, versi asal lagu ciptaan komposer Eddie Hamid dan lirik oleh Jaju dan Hakim Hakimi itu diterbitkan awal tahun ini berjaya bertakhta di kedudukan #1Trending selama 20 hari berturut-turut di YouTube dan kini sudah mencapai lebih sembilan juta tontonan.

    Ezad berkata, ia adalah satu penghormatan buat dirinya apabila diberi peluang untuk merakamkan semula lagu mendapat tempat di hati pendengar.

    Ezad berjaya menghidupkan kembali aura dan emosi lagu dengan sentuhan peribadinya. – kosmo.my

    “Peluang merakamkan semula lagu ini adalah satu penghormatan dan saya harap versi ini juga akan mendapat sambutan seperti versi asal.

    “Saya berasakan lagu ini sangat istimewa, bukan sahaja buat peminat muzik masa kini tetapi karya seni melangkaui zaman,” katanya.

    Ezad berkata, rakaman versi baharu diharap dapat meluaskan lagi golongan pendengar buat lagu Rindu Hatiku Rindu.

    “Proses rakaman semula lagu Rindu Hatiku Rindu dilakukan dengan teliti. Saya bekerja dengan penerbit untuk memastikan elemen asal lagu ini terpelihara.

    “Pada masa sama, susunan muzik diolah sedikit untuk menyesuaikan dengan nyanyian seorang penyanyi dewasa,” katanya.

    Apa yang pasti, dengan gaya persembahan yang lebih matang dan menyentuh hati, rakaman semula Rindu Hatiku Rindu versi Ezad dijangka mampu menarik ramai golongan pendengar. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda