Saturday, July 6, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    eZakat terima pengiktirafan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – eZakat merupakan produk digital pertama yang diungkayahkan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) di mana detik mula terhasilnya produk ini sejak dunia dan tidak terkecuali Negara Brunei Darussalam dilanda pandemik COVID-19.

    Melihat kepada situasi pada ketika itu, kita semua sukar melakukan aktiviti bersemuka dalam melakukan sebarang pengurusan maka dengan adanya platform eZakat ini pastinya ia telah memberikan kemudahan dan sumbangan secara langsung kepada masyarakat Islam di negara ini dalam menunaikan tanggungjawab mereka melalui pembayaran kewajipan zakat dengan sempurna.

    Perkara berkenaan antara yang dikongsikan oleh Dayang Suzanna binti Ahmad selaku salah seorang wakil kumpulan Datastream Digital Sdn Bhd (DST) yang merangkul Anugerah Penaung Diraja Anugerah ICT Brunei (BICTA) 2024 dengan produk eZakat semasa berkesempatan ditemui pada Majlis BICTA 2024 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, pagi tadi.

    Terlebih dahulu, beliau merakamkan perasaan kesyukuran dan terima kasih kepada BICTA pada tahun ini atas kepercayaan kepada DST khususnya dalam sama-sama memperkasa perkembangan platform digital di negara ini.

    Dayang Suzanna yang meraih kejayaan anugerah berkenaan bersama empat orang ahli yang lain terdiri daripada Andy Lai, Dayang Zuraidah, Haji Azman dan Awang Amin Fauzul itu turut menjelaskan menerusi penciptaan produk eZakat ini sememangnya dilakukan penuh teliti antaranya penekanan kepada nilai-nilai patuh Syariah termasuklah rekaan huruf dan cara penyusunan ayat, di samping sentiasa melakukan perbincangan berterusan bersama pihak Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan Jabatan Mufti Kerajaan serta KHEU agar segala perincian produk itu bertetapan dengan nilai-nilai Syariah.

    Berbicara mengenai perancangan selanjutnya menerusi produk eZakat ini, beliau berkata setelah berjayanya penyediaan platform digital untuk pembayaran zakat fitrah di negara ini, maka mereka juga kini sedang giat merancang untuk menambah satu lagi perkhidmatan bagi pembayaran zakat harta melalui platform eZakat di sam-ping menjalankan sesi pemberigaan kepada orang ramai bagi memberi kesedaran akan kepentingan membayar zakat harta dalam kehidupan.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan dijunjung untuk melawat Galeri BICTA 20 Tahun dan pameran produk-produk para pemenang BICTA 2024. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...