Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

     Eze jaring gol pertama Arsenal mara dalam Piala Liga

    LONDON, 25 SEPT – Eberechi Eze menjaringkan gol pertama Arsenal ketika The Gunners menewaskan Port Vale 2-0 untuk mara ke pusingan keempat Piala Liga, bersama Manchester City, Tottenham dan Newcastle kelmarin.

    Bos Arsenal, Mikel Arteta mampu mempamerkan kekuatan dalam skuadnya apabila Eze, Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli adalah antara sembilan perubahan daripada skuad yang mencatat keputusan seri 1-1 menentang Manchester City Ahad lalu.

    Eze telah membuat permulaan yang mengagumkan selepas perpindahannya dari Crystal Palace bulan lalu yang boleh bernilai sehingga AS$92 juta.

    Pemain antarabangsa England itu memanfaatkan hantaran Myles Lewis-Skelly menandakan permulaan sempurna Arsenal selepas hanya lapan minit.

    Bagaimanapun, pelawat tidak dapat membina kelebihan itu walaupun menguasai permainan.

    Devante Cole, anak kepada bekas penyerang Manchester United, Andy Cole, menghampiri gol penyamaan kejutan untuk Vale apabila rembatannya melepasi palang.

    Leandro Trossard akhirnya menamatkan kedudukan 2-0 dengan penyudah yang kuat dan tepat ke sudut bawah lima minit sebelum tamat permainan. – AFP

    Reaksi Eberechi Eze meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama Arsenal menentang Port Vale di Vale Park, Stoke-on-Trent, England kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda