ENSTONE, 4 JULAI – Pasukan Formula 1, Alpine, telah melantik Steve Nielsen sebagai pengarah urusan untuk mengawasi operasi harian pasukan tersebut.
Menurut kenyataan pasukan hari ini, Nielsen akan memulakan tugasnya pada bulan September menjelang Grand Prix Itali di Monza.
Dia akan melapor kepada penasihat eksekutif pasukan, Flavio Briatore, yang telah menjalin hubungan rapat dengan Nielsen selama bertahun-tahun.
Pelantikan Nielsen dibuat susulan peletakan jawatan Oli Oakes dari peranan Ketua Pasukan pada Mei lalu, yang menyebabkan Briatore mengambil alih tugas Oakes buat sementara waktu.
“Pelantikan ini menandakan kembalinya Nielsen ke pasukan, yang merupakan salah seorang tokoh paling lama dan dihormati dalam sukan ini serta pernah berkhidmat beberapa kali di Enstone bersama Benetton dan Renault, terutamanya sebagai Pengarah Sukan pada tahun-tahun kejuaraan 2005 dan 2006,” menurut Alpine.
Nielsen juga pernah bekerja dengan pasukan lain serta memegang jawatan di FIA dan Formula Satu.
Setakat ini, Alpine berada di kedudukan ke-10 dalam carta kedudukan pengeluar. – AP
