Sunday, December 15, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    F1 di Istanbul tanpa peminat

    ISTANBUL, 6 OKT – Grand Prix Turki bulan depan akan diadakan tanpa penonton berikutan wabak COVID-19, kata kerajaan Istanbul semalam.

    Perlumbaan, yang ke-14 di Formula Satu (F1) musim ini, akan kembali ke Istanbul selepas ketiadaannya selama sembilan tahun dan kembali pada 15 November ini.

    Tetapi keadaan kesihatan yang berbeza-beza di seluruh dunia menyebab kan tahap kehadiran peminat turun naik untuk acara penutup musim ini.

    Acara di litar Mugello di Tuscany diadakan dengan sekitar 2,000 peminat sementara Grand Prix Rusia di Sochi dengan kehadiran 30,000 penonton pada 27 September lalu.

    Penganjur perlumbaan Nuerburgring Jerman bersetuju semalam untuk membenarkan sehingga 20,000 peminat untuk perlumbaan hujung minggu ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda